Saturday, June 12, 2010

JENIS-JENIS JAMMERS

Jammers = orang yang bermain muzik, aka berjamming.

Sekarang ni gua banyak menghabiskan masa di studio jamming. Pecah kepala beb duk sini. Gua ingatkan orang2 yang jaga studio jamming ni duk goyang kaki tunggu orang bayar, rupanya bukan.

Apa kejadahnya pekerja tempat jamming ni kena buat sebenarnya?????


  • check stok, tali, stick, bla2

  • check equipment, condition for amp, drum and all electronics

  • kena buat cashier's report. yes..cashier's fuckin' report!

  • tengok barang2, duit2, tele dengan reports

  • kena mengadap pelbagai kerenah customer



So today, I don't want to talk about money, mlm, how you increase your traffic, how to tackle girls (gua sendiri pon failed dalam bab ni), TETAPI,
gua ingin bercakap tentang jenis2 jammers dalam dunia ni.


pic source


'I HAVE A BAND AND I'M COOL' TYPE
Jammers seperti ini sangat tak senonoh perangai. Biasanya mereka akan masuk ke tempat jamming tanpa sebarang senyuman, tetapi dengan muka minta penamparan dewa. Mereka ini seperti tak tahu bagaimana nak senyum, ataupon mereka rasa mereka ada band, dah establish, so kenapa mereka mesti melemparkan senyuman kepada manusia2 biasa (yang tak ada band). Lagi sedap nak tengok muka minta penamparan dewa mereka itu, apabila ada chicks/awek sekali. Memang betul2 rasa nak cucuk mata mereka menggunakan ibu jari kaki sendiri.

'I AM FRIENDLY AND I CAN'T STOP TALKING' TYPE
Jammers seperti ini memang seronok kalau dapat jumpa. Sebab mereka jenis peramah dan atleast tak da la nampak sangat muka minta penamparan dewa. Lebih2 lagi klau mereka ini mempunyai minat yang sama seperti kita, ada chemistry bak kata orang tua2. Tapi yang annoying nya, mereka ini tak boleh berhenti bercakap. Kadang2 sampai berdarah telinga kita mendengar percakapan mereka. Dan pada masa ini, muka minta penamparan dewa amat jelas kelihatan di muka mereka.

'EVERYBODY HATES ME AND I WANT TO KILL MY SELF' TYPE
Freakin' emo! Mereka ini bila masuk studio jamming, akan terasa seperti hari nak hujan. Rasa macam awan follow diorang skali, nak menunjukkan tahap kemuraman diorang. Dan biasanya mereka ini akan jamming lagu2 yang boleh dikatakan kalau kita dengar, rasa macam awan yang follow masuk skali tadi, ada kat atas kepala kita. Terus jadi emo. Customer datang pon layan macam nak tak nak. Nak beri penamparan dewa kat diorang pon tak sampai hati, muka sume dah takde perasaan. Lantaklah Labu~~

'I HAVE NO MONEY BUT I AM DYING TO JAM!' TYPE
Golongan seperti ini kalau anda jumpa, terus bunuh. Jangan banyak tanya. Ambil apa yang ada disekitar anda, gunakan untuk bunuh mereka. Golongan ini memang sangat suck ass. Dah tau takde duit, nak jamming jugak. Dah jamming, terus lari. Yang kena marah kami pekerja studio yang berdedikasi dan amanah. Ingat, kalau jumpa mereka ini, bunuh terus!

'I'M JUST A NORMAL PERSON' TYPE
Gua suka golongan ini. Humble, tengok muka terus rasa nak jatuh cinta. Cakap dengan diorang pon rasa sejuk hati. Kalau jumpa golongan ini, peluk dan cium (pipi) mereka. Kalau berlainan jantina, sila jangan buat. Ada kena kejar dengan parang pulak.

Sekian

Saturday, June 5, 2010

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA


pic credit: dila mental


Wahai lelaki, jagalah pandangan mu, alihkan lah pandangan mu dari pemandangan yang kurang enak

Wahai perempuan, jagalah tubuh mu, tutuplah tubuhmu dengan potongan kain yang longgar

Matlamat menghalalkan cara

Sedar tak sedar, kebanyakkan kita mengamalkan prinsip ini. Sebagai contoh, anda tidak bertudung, dan hukum bertudung adalah wajib, kerana ia menutup rambut anda dan rambut anda (perempuan) merupakan salah satu aurat anda. Tapi demi 'matlamat menghalalkan cara', kebanyakkan anda (yang tak bertudung, in some cases, bertudung jugak ade guna) berkata;

"ala, yang bertudung pon ada buat porn sendiri jugak.."

dan seterusnya menghalakan anda tidak bertudung.

Apa?
Tak clear?

Ok, contoh kedua, anda seorang yang menjaga solat, tak lengah2kan solat, tak tinggalkan solat, anda juga terer membaca Al-Quran dan tahu maksud setiap ayat, tetapi anda melakukan zina. Bukan terbuat, tapi selalu buat, dengan kerelaan sendiri (ada ke zina paksaan?). Matlamat menghalalkan cara, bila orang tegur, anda mungkin akan membalas;

"ala, walaupon aku berzina, semayang sume aku jaga beb"

Sorry beb. Walaupon sembahyang semua hang jaga, tapi hang masih berzina, sia2 je sembahyang hang.

Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran. Jika anda bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran, that can only mean one thing; something wrong with your solat.

The point is, jangan kerana demi kepuasan nafsu kita sendiri, kita sanggup menghalalkan yang haram.

Macam kata2 kebanyakkan pelakon;

"Saya melakukan aksi peluk memeluk pelakon XXX itu kerana tugasan, atas dasar professionalism.."

professionalism tengkorak mu.

dan ye, saya cakap tak serupa bikin.

p/s...having a mega headache

Friday, June 4, 2010

ANDA MERUPAKAN SEORANG FACEBOOK ADDICTER


picture credit: Magniloquent Mama


..jika anda..

1
1) bangun pagi, terus check facebook, instead of checking your kitchen for any foods

2
setiap minit setiap saat anda akan regresh page facebook anda untuk melihat update terbaru rakan2 anda

3
setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda, anda akan post di facebook, walaupon pada dasarnya benda tu tak menarik pon bagi orang lain, tapi anda akan tetap post

4
dalam 1 hari, anda akan post 5 update di wall anda..dan anda tak pernah merasa bosan

5
jumpa si A, anda akan bercerita tentang Facebook, jumpa si B, anda akan bercerita tentang Facebook, senang cerita, setiap kali anda jumpa orang, anda akan bercerita tentang Facebook

6
mempunyai rakan2 yang sebilangan besar anda kenal di Facebook, itupon entah berapa kerat je yang anda betul2 tegur dan berborak (selain pasal Facebook)

7
post blog update di Facebook, macam penulis blog ni..PWND!

p/s...sapa kata lelaki bole hidup tanpa perempuan? bole kasi headshot sama itu orang

DRAMA SWASTA: ADIK AIMAN

Aiman ada adik.
Hari2 Aiman pukul adik dia.
Setiap hari setiap bulan setiap tahun
Aiman tak pernah rasa bersalah
Malah, Aiman rasa seronok
Tak cukup dengan memukul adik dia, Aiman selalu merakamkan aksi memukul adik dia
Aiman rasa sangat teruja setiap kali dia melihat rakaman itu
Dan akhirnya Aiman akan memukul adik dia lagi

Aiman pernah menunjukkan rakaman itu kepada kawannya
Dan kawannya menuduh Aiman tak betul
Sakit
Gila
Tapi Aiman tak pernah ambil kisah semua itu
Aiman tetap memukul adik dia

Kerana selalu memukul adik dia
Akhirnya adik Aiman mati

Kini Aiman tak boleh pukul adik dia lagi
Apa yang Aiman boleh buat adalah
Duduk dan menyesal dengan perbuatan jijiknya itu
Dan kadang2 menyaksikan rakaman2 aktiviti dia

Sekian

moral of the story: jangan pukul adik..