Saturday, June 5, 2010

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA


pic credit: dila mental


Wahai lelaki, jagalah pandangan mu, alihkan lah pandangan mu dari pemandangan yang kurang enak

Wahai perempuan, jagalah tubuh mu, tutuplah tubuhmu dengan potongan kain yang longgar

Matlamat menghalalkan cara

Sedar tak sedar, kebanyakkan kita mengamalkan prinsip ini. Sebagai contoh, anda tidak bertudung, dan hukum bertudung adalah wajib, kerana ia menutup rambut anda dan rambut anda (perempuan) merupakan salah satu aurat anda. Tapi demi 'matlamat menghalalkan cara', kebanyakkan anda (yang tak bertudung, in some cases, bertudung jugak ade guna) berkata;

"ala, yang bertudung pon ada buat porn sendiri jugak.."

dan seterusnya menghalakan anda tidak bertudung.

Apa?
Tak clear?

Ok, contoh kedua, anda seorang yang menjaga solat, tak lengah2kan solat, tak tinggalkan solat, anda juga terer membaca Al-Quran dan tahu maksud setiap ayat, tetapi anda melakukan zina. Bukan terbuat, tapi selalu buat, dengan kerelaan sendiri (ada ke zina paksaan?). Matlamat menghalalkan cara, bila orang tegur, anda mungkin akan membalas;

"ala, walaupon aku berzina, semayang sume aku jaga beb"

Sorry beb. Walaupon sembahyang semua hang jaga, tapi hang masih berzina, sia2 je sembahyang hang.

Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran. Jika anda bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran, that can only mean one thing; something wrong with your solat.

The point is, jangan kerana demi kepuasan nafsu kita sendiri, kita sanggup menghalalkan yang haram.

Macam kata2 kebanyakkan pelakon;

"Saya melakukan aksi peluk memeluk pelakon XXX itu kerana tugasan, atas dasar professionalism.."

professionalism tengkorak mu.

dan ye, saya cakap tak serupa bikin.

p/s...having a mega headache

1 comment: