Sunday, May 9, 2010

CERITA SWEET (1)

Menurut dunia komputer, Binary dan Polynomial merupakan dua dunia yang berlainan. Kedua-dua benda ini tidak boleh bersatu. Jika hendak bersatu, salah satu terpaksa mengalah, samada Binary tukar jadi Polynomial, atau Polynomial tukar jadi Binary.

Apabila dah sama, barulah kedua-duanya boleh bersatu.

Tersebut al kisah, Binary suka Polynomial. Polynomial pula tak tahu yang Binary suka beliau. Mereka menjalankan kehidupan seharian seperti.

Suatu hari, mereka lepak bersama rakan-rakan mereka. Polynomial bercerita, dia tak suka lelaki macam ini macam itu. Binary terasa, kerana ciri-ciri yang dinyatakan oleh Polynomial ada dalam diri dia(Binary).

Binary bertekad, dia ingin mengubah diri dia menjadi Polynomial, dalam erti kata lain, mengubah sifat-sifat yang ada dalam diri dia kepada sesuatu yang Polynomial suka.

Kini Binary sedang berubah, cuma tidak diketahui samada Polynomial sanggup menerima cinta dia atau tidak.



Dan tiba-tiba Html berkata...
"GELI KETIAK AKU LA WOIIII~~!!!"

No comments:

Post a Comment