Saturday, April 24, 2010

GUA DAPAT RM 3000 BAI!


picture credit to freefoto.com

dapat idea dari En. Abdul Awang Dasuki

Siapa sangka gua, aku, saya, manusia yang nobody, telah diistiharkan memenangi sejumlah wang yang sangat sedap!

RM 3000 bai! RM 3000 bai! Standard pinjaman PTPTN tu! Lepas tu dapat free pulak tu. Ikuti perbualan di bawah.

*Teeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttt*
Handphone aku berbunyi. Aku bajet member aku yang call, sekali angkat...

Penelefon:
"Hello, ini encik XXXXX ke?"

Aku:
"Ye saya, sape ni eh?"

Penelefon:
"Oh, saya dari blablablabla, nak inform yang encik XXXXX telah memenangi wang tunai yang berjumlah RM 3000."

Aku:
"OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG!!! Betul ke ni? Tak tipu? Serius?"

Penelefon:
"Ya, tahniah la ye encik XXXXX. Encik sekarang guna bank ape?"

Aku:
"Saya guna Bank Islam dan Maybank."

Penelefon:
"Oh ok, jadi bole tak encik bagi maklumat bank encik? Pihak kami nak masukkan duit sekarang jugak."

Aku:
"Apa kata pihak encik hantar cek ke rumah saya je terus? Lagi senang dan efficient (contoh kata2 pelajar cemerlang HCI)"

Penelefon:
"Tapi encik, blablablablablablablalablablabalbalbalbalbalbalablabalbalbalbla"
*Si penipu sudah mula bagi alasan yang tak efficient.

Aku:
"Apa kata pihak encik hantar cek ke rumah saya je terus? Lagi senang dan efficient (contoh kata2 pelajar cemerlang HCI)"

Penelefon:
"Tapi encik, blablablablablablablalablablabalbalbalbalbalbalablabalbalbalbla"
*Si penipu sudah mula bagi alasan yang tak efficient.

*Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttt*
Kedengaran sambungan telah diputuskan.

Dalam dunia ni banyak penipu. Dan yang kena tipu pon bersepah2. Jadi, jangan la jadi yang kena tipu.

Modus operandi (bak kata En. Abdul Awang Dasuki) sangat mudah nak dikenalpasti. Si penipu biasanya akan meminta maklumat bank anda seperti nombor akaun.

Ada juga si penipu yang menyamar sebagai pegawai bank. Dan mereka biasanya akan terus meminta nombor akaun anda dan juga kata laluan (password) akaun bank anda.

JANGAN TERTIPU!

Kata laluan (password) adalah peribadi. Jika ada pegawai bank yang meminta, jangan sesekali beri. Kemungkinan besar orang itu adalah penipu. Kalau letak password semasa proses buka akaun, anda akan perasan pegawai bank tersebut meminta anda menekan sendiri kata laluan anda, bukan dengan memberitahu kata laluan anda kepada pegawai tersebut.

INGAT!!

Maklumat peribadi anda adalah peribadi. Dah nama pon peribadikan? Jangan sesekali atau dengan baik hatinya memberitahu maklumat peribadi anda kepada orang yang anda tidak kenali.

INGAT LAGI!!

Jadi penipu adalah lebih bagus daripada jadi kena tipu.
Jadi penipu dapat untung.
Jadi kena tak dapat untung.

TAPI...
INGAT!!

Orang yang menipu memang hidupnya tidak diberkati, dan harapan masuk neraka adalah sangat tinggi.

Sekian.

6 comments:

  1. biasalah tu. penipu memang bersepah atas mukabumi.

    **mati mati aku ingat ko menang loteri

    ReplyDelete
  2. sekarang nie banyak penipuan berlaku...so, jaga2

    ReplyDelete
  3. nab, ape tu loteri? kekeke

    ezan: memang betul pon..tapi betul dalam tipu..keke

    strengenge, tapi kita semua mata duitan...pantang dengar duit free, hilang akal logik sekejap..

    ReplyDelete
  4. gud info..and gud answer. tapi tang "blablabla" tu macam sebut2 nama gua je..hehe

    ReplyDelete
  5. gerina, nama hang "blablabla" ke? kekeke...cerita ini tiada kaitan dengan yang idup atau yg mati pon..

    ReplyDelete