Sunday, April 25, 2010

Cinta? Ape tuh ?

ASSALAMMUALAIKUM!
DAN SELAMAT SEJAHTERA!

Kali ini, gua, selaku pemilik kekal blog yang macam nak lingkup ni, dengan bangganya mempersembahkan AMIEY, untuk berbicara soal cinta di blog gua (yang nak lingkup ni). Dah lama gua nak kupas isu ni, tapi maklum la, hati gua hati batu, takde taman2 ni. Setakat tempat jamming ade le.

Anyway, tujuan gua buat benda ni, memanggil blogger jemputan menulis di blog gua, adalah untuk merapatkan silatulrahim antara bloggers dan sedikit sebanyak memberi pembaca gua (ade ke? (kalau ada, I LOVE U ALL!)) suatu kelainan, penulisan yang baru untuk anda semua.

Without further ado, please welcome, Miss Amiey!



-----------------------------------------------------

.amiey.


It takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is 
- life is beautiful by Jason Mraz

Ada banyak lagu yang liriknya memperkatakan tentang cinta tapi pada aku, lirik yang ini benar-benar mendalam. Quote yang benar, sebab kalau kau tanya sesiapa, apa itu cinta belum ada orang yang mampu bagi jawapan yang menyakinkan selain dari sayang menyayangi antra dua manusia ciptaan Allah yang berbeza jantina. Eh, same jantina pun bercinta juga sekarang. Lol.

Kau boleh jatuh masa dalam sesaat pada masa kau pandang wajah dia, ataupun kau boleh jatuh cinta setelah seketika pada saat kau kenali diri dia. You choose. Ada orang percaya cinta pandangan pertama ada orang tidak. Why ? Kalau ikot logik akal, mana lah boleh terus sayang orang yang kita baru jumpa atau terserempak kan ? Tapi kalau ikut hukum cinta, kita boleh terpaut suka pada orang yang kita baru bersua yang kononnya orang panggil ada chemistry. Sejauh mana benar? Itu kurang pastilah sebab ada banyak perkara yang buat kita terjatuh cinta dengan insan tersebut. Ada yang terjatuh cinta kerana rupa, ada yang kerana tertarik melihat gaya, ada yang tertarik dengan duit yang tebal. Tapi sejauh mana kita akan kekal menyayangi dia setelah kita kenali dia, baik buruknya dia? You choose.

Orang kata, cinta itu buta. Indeed. Memang buta, sebab yang cantik tak semestinya berganding dengan yang kacak. Yang hodoh tak semestinya bergandingan dengan yang kurang kacak. Yang gemuk tak semestinya bergandingan dengan yang gemuk begitu juga dengan yang kurus. Malah yang cacat tak semestinya dengan yang cacat. Bila hati sudah suka, kalau benar benar cinta, cantik ke buruk ke sudah tidak kelihatan punya la. Yang penting hati & keikhlasan. Lol. Tapi sekarang, susah kot. Semuanya bermuka-muka. Cinta ke tak cinta ke, susah untuk kau kenali.

Mudah je, tepuk dada tanya hati. Kalau cinta katakan cinta.  Susah nak benar benar tahu apa itu cinta sebab ianya misterious =)


Yang mengarang,
.amiey.


No comments:

Post a Comment