Friday, April 16, 2010

MENGAPA BERMAIN GITAR LEBIH SERONOK DARIPADA PEREMPUAN


Guitar licking good


TAK PERLU RISAU DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM
Pernah anda dengar seorang lelaki dan sebiji gitar ditangkap berkhalwat? Ditangkap berdua2an? Tak pernah kan? Jadi contoh ini sudah cukup membuktikan yang gitar tidak akan menyebabkan anda ditangkap orang2 jabatan agama islam.

ANDA BOLEH BERMAIN GITAR TANPA PERLU BERKAHWIN TERLEBIH DAHULU
Jika anda hendak bermain perempuan (berjima'), anda perlu mengahwini perempuan tersebut. Kalau tak maksudnya anda berzina. Dan kahwin zaman sekarang bukannya macam bayar bil. Perlukan belanja yang besar. Majlis pelbagai nak raknya dan kos yang tinggi. Tetapi, jika hendak bermain gitar, anda tak perlu berbelanja sehingga beribu2 raban ratus, hanya memerlukan kos yang sedikit dan tak rugi apa pon.

TAK PERLU BERHADAPAN DENGAN SIFAT CEMBURU
Fakta yang benar dan tidak dapat dilupuskan, perempuan memang kuat cemburu. Anda berjalan dengan pasangan anda, anda melihat perempuan lain, memang meminta penampar (ok, tipu je) dan masa yang lama untuk memujuk pasangan anda. Silap2, sepanjang hari tu dapat muka masa je dari pasangan anda (lagi malang kalau pasangan anda itu mukanya macam saiful apek pakai tudung). Tapi kalau gitar, pandang la gitar lain, pandang la dengan pandangan penuh nafsu, gitar anda tidak akan rasa jeles. Infact, anda bole tengok perempuan sebanyak mana anda mahu. Confirm anda tak perlu berhadapan dengan sifat cemburu.

No comments:

Post a Comment